Dalam ketegangan senario pemilihan pemimpin UMNO diperingkat cawangan dan bahagian, terpanggil saya ingin mengutarakan pandangan dalam media yang sempit ini. Fenomena 'kebutaan' dan kekalutan budaya pemilihan pemimpin UMNO terus berleluasa tanpa memandang kepada hala tuju dan agenda perjuangan parti UMNO itu sendiri semakin menggila walaupun badai tsunami politik UMNO dalam pilihanraya yang lepas masih belum reda. Sangkalan ini yang turut di ulas oleh beberapa pemimpin tertinggi parti termasuklah ahli Majlis Tertinggi yang menawarkan diri bertanding dalam jawatan naib Presiden UMNO iaitu YB Datuk Zahid Hamidi, YB Datuk Mukhriz Mahathir menjelas seterang-terangnya bahawa perkara ini sememangnya berlaku.
Sekecil-kecil pemimpin umno di peringkat cawangan, sebodoh-bodoh ahli diperingkat cawangan, apabila diajukan kekalutan ini, dapat juga mereka menilai yang mana intan yang mana kaca. Kesimpulan persoalan ini, sudah butakah mata dan jiwa pemimpin akibat KUASA. Tidak pernahkan dimengertikan maksud sebenar rasional.? Dan adakah perasaan kononnya ingin memulihkan parti UMNO selepas pilihanraya sebagai retorik sahaja...?
Selebar mana lembaran di buka, seluas mana forum dianjurkan...janganlah besok apabila kerusi UMNO di Kuala Pilah jatuh ke tangan pihak pembangkang..barulah mahu menyesali perkara ini.
Ayuh bangunlah anak pewaris parti keramat UMNO, berpijaklah dibumi yang nyata, bersatulah, berfikirlah secara terbuka, tetapkanlah pendirian yang tidak dipengaruhi sesiapa. Letakkanlah agenda dan hala tuju perjuangan parti lebih utama dari segalanya...waima kita dilebelkan sebagai melawan arus. Jadilah entiti Melayu yang berkersani, berjiwa besar...dan yang lebih penting menggunakan akal dan jiwa dalam perkara ini.
SALAM PERJUANGAN....
Wednesday, August 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment