Cuba anda renungkan petikan daripada Berita Harian 2 Januari 2008 ini "Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, disifatkan sebagai boneka DAP apabila mengingkari keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dengan meneruskan pemberian hak milik tanah pegangan kekal kepada 11 penduduk Kampung Baru Sungai Rui di Gerik.Pada 27 Jun lalu, kerajaan Perak mengumumkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberikan geran hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada penduduk beberapa kampung baru dan RPT dan tanah terbabit yang berstatus hak milik pajakan akan ditukar kepada milik kekal."
Ini belum sampai satu penggal pun Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri yang selama ini diberikan limpah dah rahmat sepanjang pemerintahan UMNO. Setiap hari ada saja isu yang perlu dimainkan , patutkah Tanah Orang Melayu yang menjadi tempat tinggal anak dan cucu kita dirampas oleh bangsa lain semata-mata untuk menunjuk-nunjukan kuasa yang dia perolehi. Belum pun isu hendak membeli Kereta Camry selesai , kini habis pulak tanah orang melayu hendak diberi kepada bangsa lain.
Wahai pengundi-pengundi di negeri Perak , inikah yang anda mahu dan terjadi di negeri anda. yang memerintahnya orang melayu , beragama islam, tapi tunduk kepada parti yang diperintah oleh bangsa asing. Kita ini siapa , pendatang atau pemilik tanah melayu yang selama ini kita banggakan dengan Hang Tuah , Hang Jebat dan lain-lain nya.
Kami di sini berharap agar pengundi-pengundi di Kuala Terengganu bukalah mata dan bukalah hati. Jangan kita tunduk dengan kata-kata mereka . Berdosakah kita mengundi Parti yang selama ini banyak memberi jasa kepada anda semua. Fikir-fikirkan lah!!