Sunday, July 27, 2008

GENERASI BARU PEMUDA KUALA PILAH

Umumnya rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu di bawah kepimpinan parti UMNO, saat ini dalam senario pemilihan Jawatankuasa Baru pemimpin cawangan dan bahagian. Kehangatan bermusim ini telah memasuki minggu ke 3 sehinggalah tarikh tamat tempoh 24 Ogos nanti. Kuala Pilah antara kubu kuat parti UMNO yang memenangi kesemua 6 kerusi dalam pilihanraya ke 12 yang lepas, mengalami cuaca politik yang hangat dan berdebu. Dari cawangan Ulu Bendul yang sedikit suram akibat kejatuhan penyandang Ketua Pemudanya ke kepimpinan baru yang dikatakan lebih 'berkuasa' dan mendapat status "politic patronege" hinggalah ke serata pelusuk kampung / cawangan yang masih merasakan relevensi parti ini seolah-olah hidup malah lebih hebat dari cuaca persiapan pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Di peringkat UMNO Bahagian, Kuala Pilah nampaknya mengamalkan budaya perundingan dari jawatan Ketua, Timbalan dan Naib walaupun pada awalnya dikatakan akan berlaku persaingan sengit untuk merebut jawatan ini akibat dari keputusan pilihanraya yang lepas dan pentadbiran yang dikatakan tidak efisyen.

Justeru itu arena politik Kuala Pilah kini tertumpu kepada peringkat pemuda.

Pertandingan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian K.Pilah juga tidak kurang mendapat perhatian dan menjadi bualan di kedai-kedai kopi. Peringkat Ketua dan Naib Ketua yang dikosongkan atas dasar faktor umur menyaksikan pertandingan 3 penjuru untuk jawatan Ketua dan 3 penjuru di peringkat Naib Ketua.
Statistik hingga ke hari ini (27/07) calon favourite, YB DUN Pilah, Tn. Hj. Adnan Abu Hasan yang baru dinobatkan sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya lepas yang nuga ketua penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah sedang mendahului peratusan pencalonan dari cawangan-cawangan. Calon Ketua yang 'diendorse' oleh YB Ketua Pemuda, Tn. Abd Samad yang juga ADUN kaw seri menanti iaitu Sdr. Aminudin Mohd Arif dikatakan hanya menghantar baju kerana kesibukan tugas di Putrajaya. Tugas kempen kini digerakkan dengan ranjau berliku oleh calon Naib Ketua 'groupnya' iaitu Sdr. Kamarulzaman Abd Latiff. Lebih memeritkan tugasan yang diarahkan ini dikatakan mendapat tentangan dan halangan dari pihak atasan yang mana lebih 'prefer' kepada calon KP favourite di atas. Namun dalam kesukaran itu 'group endorse' tersebut dapat juga meraih pencalonan simpati dari cawangan-cawangan.
Calon Ketua Pemuda ke 3 yang juga AJK UMNO Bahagian, Sdr. Zulkarnain Ghani yang baru sahaja mendapat hidayah setelah 3 minggu masa berlalu juga sedang hebat mencari pencalonan.
Selain Sdr. Kamaruzaman yang lebih dikenali sebagai Ujang di Kuala Pilah menawarkan diri sbg calon Naib Ketua Pemuda KP, terdapat dua lagi calon yang beriya-iya untuk merebut jawatan ini. Sdr. Khairolnezam bin Shaari yang juga AJK pergerakan pemuda UMNO bahagian K.Pilah dilaporkan mendapat tentangan sengit dari calon ke 3 iaitu Sdr. Eddin Sazali Shaith yang juga menjadi lawan Sdr Khairol dalam pertembungan G2 tahun lepas.
Secara purata statistik pencalonan kesemua calon Naib KP Kuala Pilah setakat ini dianggap sama rata dan sengit.

Dalam wadah segar kelahiran BLOG ini akan menjurus kepada kupasan rasional pemilihan kepimpinan parti diperingkat Pemuda UMNO bahagian Kuala Pilah. Pemilihan yang dikatakan sangat penting bagi menyahut dan bertindak atas kesedaran keruntuhan moral dalam pilihanraya lepas dan persiapan memantapkan parti terutamanya golongan muda dijadikan teras utama agenda kempen sesetengah calon terutamanya Sdr. Khairolnezam Shaari.

3 comments:

TU127 said...

Calon yang di endosekan oleh Yb.Saudara Samad tersebut mempunyai kesibukan di bawah Kementerian beliau dan akan menganggu gugatkan Bos beliau untok bertanding di peringkat Naib Presiden. Ketidak kesehaluan beliau dalam memperjuangkan pegerakan pemuda akan mengakibatkan kerugian besar bagi calon ini yang belum mengenali apa itu perjuangan. Beliau bertanding di peringkat pemuda sepatutnya memberi laluan mudah kepada Yb. Adun Pilah untok merajui kepempinan Pegerakan Pemuda Bahagian yang sehaluan dengan Ketua Bahagian Kuala Pilah untuk mendapatkan sokongan kepada Bos beliau yang akan bertanding di peringkat Naib Presiden, InsyaAllah. Senang ..cakap saja kat Bos nya..dia ni pengacau di bahagian Kuala Pilah...maka dengan tersendiri nya lucutlah jawatan kerja yang di sandang sekarang. Fikir lah Sendiri.....by 127 SULI GEDUBAI

TU127 said...

Calon yang di endosekan oleh Yb.Saudara Samad tersebut mempunyai kesibukan di bawah Kementerian beliau dan akan menganggu gugatkan Bos beliau untok bertanding di peringkat Naib Presiden. Ketidak kesehaluan beliau dalam memperjuangkan pegerakan pemuda akan mengakibatkan kerugian besar bagi calon ini yang belum mengenali apa itu perjuangan. Beliau yang bertanding di peringkat ketua pemuda sepatutnya memberi laluan mudah kepada Yb. Adun Pilah untuk menerajui kepempinan Pegerakan Pemuda Bahagian yang sehaluan dengan Ketua Bahagian Kuala Pilah untuk memperkuatkan lagi perpaduan dan bukan merosakkan kredibiliti UMNO bahagian itu sendiri. Beliau tidak sepatutnya mengikut kehendak taukehnya sendiri (Yb. Saudara Samad). Maaf..lu fikir lah sendiri. Beliau akan merosakkan BOS beliau sendiri yang akan bertanding di peringkat Naib Presiden.

Kuala Pilah New Seeds said...
This comment has been removed by the author.