Thursday, January 22, 2009

Tahniah Dato Saifuddin


Buku ‘POLITIK BARU’ nukilan Dato Saifudin, Ahli Parlimen Temerloh yang juga Timbalan Menteri Keusahawan dan Kopersi baru sahaja dirasmikan oleh TPM pada 20/1 lepas. Selain mengikuti perkembangan Dato S dari zaman belia sehingga kini, saya juga amat tertarik dengan idealisma beliau yang sangat mesra dan intim dengan ilmu. Buku Dato yang ketiga ini nipis sahaja tetapi padat dan sarat dengan idea dan kupasan yang bernas. Isi yang paling menarik adalah beliau berjaya mengkategorikan 3 pardigma politik tanahair. Politik Ilmu yang seharusnya menggantikan politik ampu. Politik Fitnah yang harus digantikan dengan politik hikmah . Politik Undi pula seharusnya digantikan dengan politik bakti. Dato’ pula berjaya meletakkan kerangka atau plan beliau yang telah pun dilaksanakan di kawasan beliau sendiri. Tahniah Dato’. Keberkesanannya mungkin terlalu awal untuk kita nilai tetapi Dato’ telah fakir dan buat sesuatu. Inilah yang dinamakan pemimpin yang mempunyai idealogi. Besar harapan saya untuk melihat semua YB UMNO dapat membeli, membaca dan memahami isi buku ini. Jika berkenan bolehlah dicuba dikawasan masing-masing. Ini adalah kerana kebanyakkan YB yang saya jumpa masing-masing bercerita apa dan bagaimana lagi harus dilakukan untuk memenangi hati rakyat tetapi tidak berbuat apa-apa seperti kekeringan idea. Dengan buku ini, saya yang tidak setaraf manapun ilmu saya dalam politik merasakan idea Dato S ini amat releven dan bernas. Tahniah Dato’. 

Friday, January 2, 2009

Mana Yang Berdosa .. Fikir Sendiri

Cuba anda renungkan petikan daripada Berita Harian 2 Januari 2008 ini "Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, disifatkan sebagai boneka DAP apabila mengingkari keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dengan meneruskan pemberian hak milik tanah pegangan kekal kepada 11 penduduk Kampung Baru Sungai Rui di Gerik.Pada 27 Jun lalu, kerajaan Perak mengumumkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberikan geran hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada penduduk beberapa kampung baru dan RPT dan tanah terbabit yang berstatus hak milik pajakan akan ditukar kepada milik kekal."

Ini belum sampai satu penggal pun Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri yang selama ini diberikan limpah dah rahmat sepanjang pemerintahan UMNO. Setiap hari ada saja isu yang perlu dimainkan , patutkah Tanah Orang Melayu yang menjadi tempat tinggal anak dan cucu kita dirampas oleh bangsa lain semata-mata untuk menunjuk-nunjukan kuasa yang dia perolehi. Belum pun isu hendak membeli Kereta Camry selesai , kini habis pulak tanah orang melayu hendak diberi kepada bangsa lain.

Wahai pengundi-pengundi di negeri Perak , inikah yang anda mahu dan terjadi di negeri anda. yang memerintahnya orang melayu , beragama islam, tapi tunduk kepada parti yang diperintah oleh bangsa asing. Kita  ini siapa , pendatang atau pemilik tanah melayu yang selama ini kita banggakan dengan Hang Tuah , Hang Jebat dan lain-lain nya. 

Kami di sini berharap agar pengundi-pengundi di Kuala Terengganu bukalah mata dan bukalah hati. Jangan kita tunduk dengan kata-kata mereka . Berdosakah kita mengundi Parti yang selama ini banyak memberi jasa kepada anda semua. Fikir-fikirkan lah!!

Thursday, January 1, 2009

Cara Kami Menjawab ..

Disebabkan kami ini sudah lama menyepi dan sering di tuduh yang bukan-bukan. Kini kami barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah sedia mengempur apa jua cara untuk menunjukan bahawa kami adalah barisan yang kuat untuk selamanya di bahagian Kuala Pilah. Biar pun dihantar barisan-barisan tentera yang kuat daripada pihak Pembangkang. Kami dari Pergerakan Pemuda UMNO dan Bahagian Kuala Pilah bersama-sama akan menentang sehingga ke titisan darah kami yang terakhir bagi membela Parti Kami IAITU PARTI UMNO. 

Cara Pas Nak Menang ... Ha Ha Ha Ha ...

SEORANG KAWAN DI KUALA TERENGGANU BERTANYA SAYA...

SIAPA YANG DIA PATUT UNDI...

SAYA JAWAB...

UNDILAH PAS...

DIA TANYA MENGAPA?

1. PAS ISLAM...UMNO KUFFAR
2. UNDI PAS MASUK SYURGA...UNDI UMNO MASUK NERAKA
3. PAS SOKONG HUDUD...UMNO MENENTANG HUDUD
4. ORANG PAS TAK MAIN DUIT...ORANG UMNO MAIN DUIT
5. PAS KONTROL DAP...UMNO TAKUT DENGAN DAP
6. SEJAK PAS MEMERINTAH SELANGOR, KEDAI JUDI/ARAK/KUDA/PELACUR
SEMUA TUTUP KEDAI
7. SEJAK PAS MEMERINTAH SELANGOR, KORBAN DI BUKIT ANTARABANGSA
TAK SERAMAI KORBAN DI HIGHLAND TOWERS SEMASA PEMERINTAHAN
UMNO.(SEBAB TUHAN SUPPORT PAS LA TU)
8. SEJAK PAS MEMERINTAH 5 NEGERI, KDNK NEGARA MELONJAK 73%.
9. SEJAK PAS MENJADI MENTERI BESAR, RAKYAT HIDUP SENANG DAN SELESA
10. Jika PAS memerintah, kita boleh MENCARUT secara terbuka mengikut
keadaan. UMNO anti carut....tak best....
11. SEJAK PAS MEMERINTAH 5NEGERI, ANAK BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL
MULA KELIHATAN DENGAN JELAS DAN MEMUDAHKAN PENGUMUMAN OLEH
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA.


SO...UNDILAH YANG TERBAIK PADA PILIHAN ANDA?????.

Fikir-fikirkanlah dan SELAMAT BERAMAL. 
Posted by PUTERA UMNO KUALA PILAH

Tuesday, December 9, 2008

Salam Perubahan

Banyak perubahan Jawatankuasa dari Umno Bahagian , Pemuda Bahagian dan Puteri Bahagian Kuala Pilah , kini kita hanya menunggu perubahan yang bakal dilaksanakan oleh calon-calon Ajk-Ajk setiap sayap di Bahagian Kuala Pilah.

Semasa musim pertandingan , bermacam-macam janji telah ditabur , kini setiap calon perlu bangkit dari tidur dan selesaikan misi anda . Kini bukan masa untuk kita tidur atau bermegah dengan kemenangan yang kita perolehi.

Di sini saya berharap agar kita semua dapat memberikan satu impaks yang berkesan untuk menarik semula pemuda-pemudi di saluran 3 yang kini telah banyak berubah arah ke parti pembangkang . Bukan mudah untuk kita menarik minat mereka semua jika hanya berdiam diri begini . Kini telah bermula satu era di mana orang melayu di masa ini telah jauh ketinggalan dan perlu bangkit . Ini bukan lagi zaman Tun Dr Mahathir , zaman kesenangan orang melayu yang selalu di bela dan disayangi oleh pucuk pimpinan .

Ayuh , bangkit semua nya . Pastikan negeri kita , Negeri Sembilan menjadi salah satu negeri yang kebal dari asakan pembangkang .

 

Sunday, August 10, 2008

WASPADA ‘SUMBANG MAHRAM’ DALAM POLITIK UMNO CAWANGAN.

Banyak artikel telah dipaparkan mengenai senario pemilihan pemimpin UMNO yang sedang berlangsung sekarang ini. Dari penganalisis politik, pemimpin tertinggi UMNO dan tidak kurang kedengaran suara dari peringkat akar umbi bercakap mengenai kepincangan yang harus disedari dan dibendung. Permasalahan yang berkisar tentang salah guna kuasa, politik wang dan beberapa salah laku politik lain menjadi punca lahirnya kekeruhan ini.

Tempoh pemilihan di peringkat cawangan yang masih berbaki dua minggu sahaja lagi nyata membuka pekung demi pekung akan ketulenan agenda dan perjuangan parti UMNO itu sendiri. Arena ini sepatutnya digunakan sebaik dan sebijak mungkin oleh ahli dan pemimpin parti rentetan dari ‘tsunami’ politik UMNO dalam pilihanraya ke 12 yang lepas, nyata telah mengheret satu lagi kisah duka dalam lipatan sejarah parti keramat ini.

Sukar untuk dimengerti dan dikupas punca permasalahan ini tetapi inilah realiti yang terjadi kepada parti UMNO hari ini.

Dalam keharmonian sebuah kampung, sebuah cawangan yang berdaya saing, penduduknya masih mengamalkan budaya muafakat dan kerjasama yang sangat tinggi. Tali persaudaraan sesama dijadikan pengikat silaturahim yang sepatutnya sukar dirobek oleh anasir yang tidak sihat. Kenduri kendaranya masih ‘masak seramai’. Malah segala persiapan sebelumnya masih senonim dengan jemputan ‘berbujam epok’. Merujuk kepada yang tua dan bergelar. Seminggu sebelum langsungnya akan dipanggil sekampung untuk ‘berkampung’, ‘berkayu berakar’, dijemput ‘bergolek’, beranak pinak, cucu cicit berkumpul pada hari tersebut. Kemesraan jelas terbayang bahkan ada yang menangis tanda sangat gembira kerana masih dapat bertemu setelah sekian beberapa lama berpisah. Manakan tidak, semasa kecilnya di sini, sawah mana yang tidak ‘dibajak’, semak mana yang tidak diredah, sungai dan ‘teluk’ mana yang tidak diselam, tanah rata mana yang tidak ditebuk lubang gasing. Setelah penat boleh pula tidur, minum dan makan di rumah sesiapa saja. Bahkan bermalam pun tidak kisah….zaman tersebut dilangsungkan semuanya bersama-sama.

Itulah nostalgia yang mengeratkan ukhwah penduduk di sini. Berjumpanya sekali-sekali, berpelukan erat, menangis sambil mengimbau kenangan tadi…tetapi semua yang manis ini telah berubah. Rupa-rupanya parti UMNO bukan sahaja sebuah parti politik, tetapi merupakan sebuah lapangan yang membuka segala isihati dan ketelusan antara insan sesama insan di mukabumi Melayu ini. Mungkin juga boleh ditafsirkan bahawa orang Melayu memang pandai berpolitik tetapi persoalannya adakah mereka yang ‘bertopeng’ ini semasa atau sebelum musim pemilihan ini..? Jika ingin dibandingkan dan dinilai antara maruah dan politik, pada hemat saya maruah adalah segala-galanya. Persaudaraan dan keakraban yang digambarkan di atas akan mendahulukan maruah dari politik. Tetapi sekarang nampaknya segalanya telah berubah. Politik mengatasi segala-galanya waima sanggup menggadaikan maruah sendiri dan maruah orang untuk mencapai kepuasan dalam meraih jawatan dalam UMNO. Bergaul akrab, mesra tetapi pada masa yang sama mereka mempunyai nafsu yang terbit dari dalam diri akibat dari pelbagai faktor. Demokrasi tidak menghalang sesiapa untuk merebut jawatan. Tetapi dimanakah letaknya pula muafakat, perundingan yang sepatutnya dan seharusnya dipilih sebagai jalan terbaik dalam penyuburan ukhwah dan parti ini.Golongan ini nampaknya lebih cendurung kepada dendam, tidak peduli perihal maruah lantas mempengaruhi orang lain yang boleh diperkudakan.

Lebih menyedihkan senario ini pula didalangi oleh orang yang terang-terangan mengarak ke hulu ke hilir bendera parti pembangkang dalam pilihanraya yang lepas. Dan dalam pada masa yang sama orang yang menyokong pula adalah merupakan orang kuat dalam parti UMNO dan Barisan Nasional…entahlah..nak dikatakan bodoh orang kampung dan saudara sendiri juga. Inilah kelemahan pemimpin UMNO, sudah tahu ‘disumbang mahram’ masih juga tidak kesampaian hati berbuat apa-apa.Renung-renungkanlah.