Tertarik dengan tulisan Sdr. Khairul Azran Hussin dalam ruangan Berita Harian 31 Julai 2008, bertajuk ”Sayap muda UMNO perlu dekati generasi ’merajuk’ ” terpanggil saya untuk melebarkan perbincangan berpandukan pengalaman saya sendiri.
Artikel tersebut ibarat ’terkena batang hidung saya sendiri’ membuat saya berfikir tentang relevensi (relevency) atau kesesuaian atau ketepatan mentafsir jiwa golongan muda ini yang dilabel sebagai dalam suasana ’merajuk’.
Dalam pengamatan saya, dalam melemparkan tafsiran jiwa anak muda sekarang, perkataan ’rajuk’ adalah kurang tepat justeru ia akan mensasarkan kita dalam mencari langkah yang sesuai dalam agenda memperbetulkan keadaan yang kelam kabut ini.
Jika kita ingin membandingkan antara kekerasan hati, kekentalan jiwa anak muda sekarang dengan senario politik tanahair, perkataan ’rajuk’ nyata akan menjadi bahan gelak ketawa golongan ini. Mengikut kerangka kependudukan negara ini 40 peratus daripadanya adalah golongan belia (berumur 15-40 tahun mengikut akta pertubuhan belia yang baru). Jika kita mengambil 50 peratus daripada jumlah tersebut tertarik dengan pilihanraya dan lima puluh peratus lagi langsung tidak berminat, maka golongan yang kedua ini langsung tidak berminat dalam politik dan pilihanraya. Maksudnya golongan ini mengenepikan atau yang lebih tepat adalah perkataan tidak berminat langsung atau tidak ada hati langsung terhadap pilihanraya, justeru itu golongan ini tidak merajuk sama sekali. Namun jika kita mengambil tafsiran jiwa golongan lima peratus yang pertama tadi, golongan ini boleh dikatakan separuh minat dan sangat minat dengan cerita politik dan pilihanraya. Apabila diambil kira faktor kenapa mereka ada sedikit jiwa tentang politik ia akan dikaitkan dengan sosial, pergaulan, latarbelakang, taraf akademik, media dan lain-lain, golongan ini sebenarnya adalah golongan yang mengikuti perkembangan politik tanahair samada secara langsung ataupun tidak. Walaupun tidak bualkan dikalangan mereka, tetapi mereka ada perkembangan jiwa yang telah dipertimbangkan kepada setiap isu yang dikerap dan diulang siar samada dalam media masa mahupun elektronik. Pertimbangan yang terkadang ada kata putus mahupun tergantung hanya ditafsirkan pada penghujung sesuatu keperluan. Memori mereka terhadap input-input politik yang tidak pernah diperbincangkan atau difikirkan secara serius ini akhirnya diterjemahkan dalam pengalaman pertama hari mengundi. Justeru golongan ini tidak merajuk sama sekali. Sebab ia langsung tidak melibatkan hati, perdebatan,konflik bahkan tidak menjiwai sama sekali. Keadaan lebih parah tentang pengamatan jiwa golongan remaja ini adalah mereka adalah terdiri dari golongan yang tertarik dengan paparan survival, cerita mengenai keganasan, permainan video game, aktiviti ko-kurikulum malahan persaingan dalam akademik yang menekankan unsur-unsur persaingan. Mereka berasa hebat jika disaingi. Kalau zaman era tahun 80 an dahulu kita akan terikut-ikut kepada sang juara berganda. Jarang sekali suatu ketika dahulu kita dengar ada rakan yang tidak menyokong pasukan Liverpool. Di masa itu dimanakah pasukan Manchester United? Dimanakah pasukan Chelsea. Kita akan merasa janggal jika ada dikalangan rakan kita menyokong pasukan underdog. Tetapi hari ini mereka, golongan ini melihat kepada kualiti, pemain yang mempunyai kemahiran yang hebat di hati mereka. Kestabilan ekonomi pasukan bolasepak Inggeris membuktikan setiap pasukan mempunyai peminat dan kelebihan yang tersendiri. Ini contoh pendirian. Bukan ikutan. Dalam membuat perbandingan senario persaingan politik tanahair, antara UMNO dan parti pembangkang, parti manakah agaknya yang lebih menarik minat mereka dalam persepsi survival sebuah perjuangan..?
Mereka tidak peduli siapakah yang mendapatkan kemerdekaan, parti mana yang melahirkan bangsa bermaruah dan sebagainya tetapi mereka lebih tertarik dengan survival. Mereka akan menjadikan golongan yang terhimpit, golongan minoriti ini sebagai yang hero atau watak yang mahu bangkit dari kepayahan dan kesulitan. Pada mereka lagi sukar seseorang atau sesebuah pertubuhan itu, ianya lebih hebat dan mendapat perhatian mereka. Justeru kita harus akur tiada sekelumit pun perasaan merajuk dikalangan mereka. Lebih memburukkan keadaan parti UMNO dipaparkan sebagai sebuah parti yang mewah, eksklusif, angkuh, bongkak yang hanya memberi kredit tambahan kepada parti pembangkang untuk memenangi jiwa golongan ini.
Golongan ini yang rata-rata mempunyai latar pengetahuan IT, nyata lebih mendekatkan mereka dengan parti pembangkang. Bukannya mereka terlalu intim dengan media ini tetapi pada pandangan mereka bahawa IT merupakan asses kepada pembangunan. Pada mereka IT sangat basic dalam kehidupan. Golongan pemimpin UMNO yang angkuh tidak bertempat ini dianggap oleh golongan ini sebagai golongan bodoh sombong. Dah tahu tidak pandai tidak mahu pula belajar. Berbeza dengan parti pembangkang yang telah menyiapkan jentera yang tidak perlu ramai kakitangan seperti parti UMNO. Hanya dengan pendekatan yang bijak dengan penggunaan teknologi komputer mereka akan tertarik dengan dakyah pembangkang yang berlambak dalam internet walaupun mereka tidak perlu membaca isikandungannya apatah lagi ingin memahaminya. Paparan yang berlambak ini sahaja telah meletakkan imej parti pembangkang sebagai parti yang up to date dihati mereka.
Justeru itu terpulanglah kepada parti pemerintah khususnya parti UMNO bagaimana ingin merungkai kekusutan ini dalam tempoh 4 tahun yang akan datang. Asasnya jiwa mereka yang dituduh penyebab ini harus diselami. Pelebalan ke atas jiwa mereka harus tepat. ’Merajuk’ dalam artikel penulis terdahulu pada hemat saya adalah lebih tepat diberikan kepada mereka yang sudah dan pernah berjuang dalam UMNO tetapi tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Tetapi golongan ini mudah kita tafsirkan sebagai golongan yang tidak mempunyai niat, hala tuju, pendirian dan jati diri dalam perjuangan. Golongan ini lah yang sepatutnya kita perbetulkan. Jika ingin dibandingkan antara golongan pengundi muda tadi dengan golongan ini, secara rasionalnya golongan ini lebih berbahaya dan memakan masa yang lama untuk diperbetulkan, bahkan ia adalah virus yang paling berbisa dalam parti.
Kesimpulannya, dalam keghairahan musim pemilihan kepimpinan parti UMNO pelbagai peringkat yang sedang rancak ini, marilah sama-sama kita berfikiran rasional, matang dan berpendirian dalam memilih pemimpin parti keramat yang kita sayangi ini. Jika cara lama yang sudah dibudayakan sekian lama, wajiblah kita tukar dengan kembali kepada hala tuju parti yang sebenar. Sesungguhnya parti orang UMNO, parti orang Melayu, parti bangsa yang beragama Islam menolak sama sekali unsur-unsur yang negatif dalam menegakkan kebenaran dan memilih pemimpin. Kembalilah kepada dasar dan asas perjuangan, wujudkanlah suasana survival bangsa yang jitu, maka percayalah kita akan disenangi oleh masyarakat dan parti UMNO akan terus kekal relevan dan sentiasa imarah.
Thursday, July 31, 2008
Sunday, July 27, 2008
GENERASI BARU PEMUDA KUALA PILAH
Umumnya rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu di bawah kepimpinan parti UMNO, saat ini dalam senario pemilihan Jawatankuasa Baru pemimpin cawangan dan bahagian. Kehangatan bermusim ini telah memasuki minggu ke 3 sehinggalah tarikh tamat tempoh 24 Ogos nanti. Kuala Pilah antara kubu kuat parti UMNO yang memenangi kesemua 6 kerusi dalam pilihanraya ke 12 yang lepas, mengalami cuaca politik yang hangat dan berdebu. Dari cawangan Ulu Bendul yang sedikit suram akibat kejatuhan penyandang Ketua Pemudanya ke kepimpinan baru yang dikatakan lebih 'berkuasa' dan mendapat status "politic patronege" hinggalah ke serata pelusuk kampung / cawangan yang masih merasakan relevensi parti ini seolah-olah hidup malah lebih hebat dari cuaca persiapan pilihanraya umum ke 12 yang lalu.Di peringkat UMNO Bahagian, Kuala Pilah nampaknya mengamalkan budaya perundingan dari jawatan Ketua, Timbalan dan Naib walaupun pada awalnya dikatakan akan berlaku persaingan sengit untuk merebut jawatan ini akibat dari keputusan pilihanraya yang lepas dan pentadbiran yang dikatakan tidak efisyen.
Justeru itu arena politik Kuala Pilah kini tertumpu kepada peringkat pemuda.
Pertandingan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian K.Pilah juga tidak kurang mendapat perhatian dan menjadi bualan di kedai-kedai kopi. Peringkat Ketua dan Naib Ketua yang dikosongkan atas dasar faktor umur menyaksikan pertandingan 3 penjuru untuk jawatan Ketua dan 3 penjuru di peringkat Naib Ketua.
Statistik hingga ke hari ini (27/07) calon favourite, YB DUN Pilah, Tn. Hj. Adnan Abu Hasan yang baru dinobatkan sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya lepas yang nuga ketua penerangan UMNO Bahagian Kuala Pilah sedang mendahului peratusan pencalonan dari cawangan-cawangan. Calon Ketua yang 'diendorse' oleh YB Ketua Pemuda, Tn. Abd Samad yang juga ADUN kaw seri menanti iaitu Sdr. Aminudin Mohd Arif dikatakan hanya menghantar baju kerana kesibukan tugas di Putrajaya. Tugas kempen kini digerakkan dengan ranjau berliku oleh calon Naib Ketua 'groupnya' iaitu Sdr. Kamarulzaman Abd Latiff. Lebih memeritkan tugasan yang diarahkan ini dikatakan mendapat tentangan dan halangan dari pihak atasan yang mana lebih 'prefer' kepada calon KP favourite di atas. Namun dalam kesukaran itu 'group endorse' tersebut dapat juga meraih pencalonan simpati dari cawangan-cawangan.
Calon Ketua Pemuda ke 3 yang juga AJK UMNO Bahagian, Sdr. Zulkarnain Ghani yang baru sahaja mendapat hidayah setelah 3 minggu masa berlalu juga sedang hebat mencari pencalonan.
Selain Sdr. Kamaruzaman yang lebih dikenali sebagai Ujang di Kuala Pilah menawarkan diri sbg calon Naib Ketua Pemuda KP, terdapat dua lagi calon yang beriya-iya untuk merebut jawatan ini. Sdr. Khairolnezam bin Shaari yang juga AJK pergerakan pemuda UMNO bahagian K.Pilah dilaporkan mendapat tentangan sengit dari calon ke 3 iaitu Sdr. Eddin Sazali Shaith yang juga menjadi lawan Sdr Khairol dalam pertembungan G2 tahun lepas.
Secara purata statistik pencalonan kesemua calon Naib KP Kuala Pilah setakat ini dianggap sama rata dan sengit.
Dalam wadah segar kelahiran BLOG ini akan menjurus kepada kupasan rasional pemilihan kepimpinan parti diperingkat Pemuda UMNO bahagian Kuala Pilah. Pemilihan yang dikatakan sangat penting bagi menyahut dan bertindak atas kesedaran keruntuhan moral dalam pilihanraya lepas dan persiapan memantapkan parti terutamanya golongan muda dijadikan teras utama agenda kempen sesetengah calon terutamanya Sdr. Khairolnezam Shaari.
Subscribe to:
Posts (Atom)