
Buku ‘POLITIK BARU’ nukilan Dato Saifudin, Ahli Parlimen Temerloh yang juga Timbalan Menteri Keusahawan dan Kopersi baru sahaja dirasmikan oleh TPM pada 20/1 lepas. Selain mengikuti perkembangan Dato S dari zaman belia sehingga kini, saya juga amat tertarik dengan idealisma beliau yang sangat mesra dan intim dengan ilmu. Buku Dato yang ketiga ini nipis sahaja tetapi padat dan sarat dengan idea dan kupasan yang bernas. Isi yang paling menarik adalah beliau berjaya mengkategorikan 3 pardigma politik tanahair. Politik Ilmu yang seharusnya menggantikan politik ampu. Politik Fitnah yang harus digantikan dengan politik hikmah . Politik Undi pula seharusnya digantikan dengan politik bakti. Dato’ pula berjaya meletakkan kerangka atau plan beliau yang telah pun dilaksanakan di kawasan beliau sendiri. Tahniah Dato’. Keberkesanannya mungkin terlalu awal untuk kita nilai tetapi Dato’ telah fakir dan buat sesuatu. Inilah yang dinamakan pemimpin yang mempunyai idealogi. Besar harapan saya untuk melihat semua YB UMNO dapat membeli, membaca dan memahami isi buku ini. Jika berkenan bolehlah dicuba dikawasan masing-masing. Ini adalah kerana kebanyakkan YB yang saya jumpa masing-masing bercerita apa dan bagaimana lagi harus dilakukan untuk memenangi hati rakyat tetapi tidak berbuat apa-apa seperti kekeringan idea. Dengan buku ini, saya yang tidak setaraf manapun ilmu saya dalam politik merasakan idea Dato S ini amat releven dan bernas. Tahniah Dato’.



